Monday, October 12, 2009

Sempai 2

Selepas selesai perhimpunan mingguan, Efiza dan Atikah ke bilik guru sebentar sebelum naik ke kelas. Mereka meninggalkan beg mereka di astaka di hadapan dewan samsudin, tempat perhimpunan dilangsungkan.

“Ieka! Cepatla! Beg aku dah jadi itik panggang tu,” panggil Efiza apabila melihat Atikah berjalan lenggang-lenggok. Atikah selalu begitu, relaks je. Tapi kalau diajak buat jahat, kecut perut.

“Ye la! Ye la! Bising je,” balas Atikah lalu mempercepatkan langkahnya. Selepas mengambil beg mereka dan mereka berjalan untuk beredar ke kelas mereka, Efiza terdengar seseorang menjerit “woi” lalu paling ke belakang.

“Ieka, abang tu ada kat belakang,” bisik Efiza. Atikah berpaling ke belakang dan melihat abang yang diperkatakan Efiza.

“Abang Adam tak boleh kacau Efiza! Dia dah berpunya!” jerit Atikah kepada abang Adam tiba-tiba.

“Ieka!!!” marah Efiza sejurus selepas Atikah menjerit.

“Hang ni, aku cakap macam tu untuk hang. Takkan hang nak kawan dengan abang Adam. Dia tu jahat hang tau tak,” balas Atikah. Efiza senyap sahaja kerana tidak mengerti apa yang jahat sangat abang Adam tu, tapi disebabkan Atikah kelihatan serius, Efiza membiarkan sahaja.

Di kelas, Efiza memberitahu Anna tentang kejadian dengan sempai. Anna mendengar dengan teliti kemudian berkata,

“Patutlah tadi aku nampak hang kat bilik guru. Aku pergi jumpa pengetua tadi, lepas tu bila aku keluar aku tengok abang Adam kat astaka muka monyok je….”

“La, kesiannya. Padan muka dia,” kata Efiza kemudian ketawa.

“Hmmm… hang, tak pernah nak kesian betul-betul,” kata Anna.

“Dah tu? Hang nak aku kesian macam mana?” tanya Efiza.

“Entah, aku pun tak tau,” balas Anna lalu terus berlalu.

********

Aku duduk termenung memandang Miss Edna yang sedang memberi penerangan tentang persembahan kami pada esok hari untuk hari anugerah cemerlang di mana sultan Kedah akan menjadi tetamu utama pada hari pertama. Kami akan membuat persembahan semasa tetamu sedang bersantap. Syuhada dan beberapa rakan yang lain mendengar dengan teliti.

“So tomorrow I want all of you to come at Kamar Syura 9.30am sharp. Any question?” tanya Miss Edna.

“We have to be ready with our full uniform is it?” tanya Sarah.

“Yes! Full uniform and I want you to tie your ribbon nicely. Don’t forget to put some make-up on. I wan’t you all to look nice,” balas Miss Edna.

“Alamak!!” bisik Efiza.

“Habis kita semua jadi badut esok,” balas Syuhada.

********

Keesokan harinya, Efiza dan rakan-rakannya berkumpul di bilik persalinan untuk bersedia. Masing-masing sibuk untuk menyiapkan diri sendiri. Semasa berjalan ke arah Kamar Syura, mereka bertembung dengan pelajar lelaki tingkatan 4 yang merupakan kumpulan kompang di kawasan menyambut tetamu. Abang Adam yang berada di situ hanya tersenyum memandang Efiza.

“Boleh senyum pulak dia. Aku bagi penumbuk dengan flying kick nanti baru dia tau,” bisik Efiza perlahan.

“Em, ye la tu. Hang tu dah la pakai skirt. Dah la jom cepat,” balas Syuhada lalu segera berjalan ke arah Kamar Syura.

********

Pada hari anugerah cemerlang yang kedua pula, mereka membuat persembahan di dewan samsudin. Selesai majlis, para guru dan pelajar pulang ke rumah untuk berehat setelah penat menguruskan majlis selama dua hari. Hanya mereka yang tinggal di asrama tidak pulang kerana pada waktu petang mereka akan mengadakan hari terbuka asrama. Hanya Atikah yang tinggal di asrama di antara kawan-kawan rapat Efiza.

Efiza, Syuhada, Sarah dan Finaz tidak pulang sejurus selepas majlis selesai kerana ingin lepak bersama-sama. Selepas zohor, suasana sekolah menjadi lengang dan Sarah dan Finaz pula keluar ke restoran hadapan untuk berjumpa dengan rakan mereka dari sekolah yang berdekatan. Oleh kerana tidak mengenali rakan tersebut, Efiza dan Syuhada lebih selesa untuk tidak ikut bersama sebaliknya bersembang di hadapan surau di mana sebuah bangku disediakan.

Sedang mereka sibuk bersembang, abang Adam tiba-tiba keluar dari kelas Efiza di tingkat 2 blok A yang berhadapan dengan surau. Dia terus ke merenung ke bawah ke arah Efiza.

“Efiza, kenapa dengan abang hang tu?” tanya Syuhada apabila melihat abang Adam terseyum memandang Efiza yang sedang menaip sesuatu di handphonenya.

“Aku mana ada abang,” marah Efiza.

“Boyfriend bagi mesej ke?” tanya abang Adam dari atas.

Syuhada yang mengetahui Efiza tak mungkin akan menjawab soalan itu membalas, “Tak, bapak yang hantar mesej,”. Efiza terus memandang handphonenya.

“Woi! Yang pakai tudung hitam tu,” panggil abang Adam kepada Efiza. Namun Efiza hanya menggeleng kepala dan ketawa. Kemudian pelbagai lagi panggilan yang keluar seperti ‘yang pakai spek pink’. Efiza tidak sekalipun mengangkat kepalanya untuk melihat abang Adam. Mukanya semakin merah menahan malu.

“Nama Efiza ke?” tanya abang Adam tiba-tiba.

“Tak la,” jawab Efiza serta mengangkat pandangan buat kali pertamanya. Kemudian mereka meninggalkan surau untuk pergi berjalan-jalan di sekitar sekolah. Dari sudut pandangan mata Efiza, dia melihat abang Adam turun dari tingkat 2 dan berlalu ke surau.

No comments:

Post a Comment