Monday, October 12, 2009

Sempai 1

     Aku berjalan mengikuti Atikah dan Anna yang berlari-lari anak menaiki tangga ke tingkat 2 bangunan blok A. Aku membiarkan sahaja mereka untuk bergegas ke kelas di mana sudah pasti Puan Nadzirah sedang menunggu untuk mengajar subjek sejarah yang acap kali membuatkan fikiran aku melayang. Entah kenapa susah aku nak concentrate bila belajar subjek yang sangat membosankan tu. Tapi setiap kali aku cakap macam tu mesti ada je hujah yang buat aku tak terjawab. Rasa macam nak ponteng je kelas, tapi bila tiba-tiba aku ternampak Puan Nadzirah menjenguk ke luar kelas, terus aku membatalkan niat terpuji aku tu.

     Aku pun masuk ke kelas dengan muka seposen aku yang menyatakan aku dipaksa untuk belajar subjek yang aku langsung tak minat, tak mungkin aku boleh duduk dan mendengar cerita tentang orang-orang yang dah mati, yang tak mungkin boleh hidup kembali. Jadi aku pun duduk kat tempat duduk aku yang di sebelah tingkap di mana aku boleh menyaksikan pelbagai adegan dan drama. Anna yang duduk di sebelah aku hanya mengeluarkan buku teks sejarah sambil memandang aku.

     “Hang ok?” tanya Anna. Aku hanya mengangguk dan meneruskan pemerhatian aku ke luar tingkap yang meliputi pemandangan dari asrama, blok pentadbiran dan bilik-bilik unjuran. Kalau aku pusing ke belakang aku boleh nampak bilik guru dan dewan samsudin. Tiap-tiap hari aku pasti menghalakan pandangan aku ke bawah sebab aku rasa aku dapat menyaksikan perkara yang lebih menarik daripada mendengar cikgu-cikgu berceloteh di hadapan kelas. Entah sedar atau tidak mereka tentang perhatian aku sepanjang kelas.

     Kadang-kala aku dapat menyaksikan para pelajar senior yang tinggal di asrama merayau di kawasan sekolah tika hari makin petang, dan kadang-kala, jika bernasib baik, aku akan terlihat si dia. Aku dan Anna memanggilnya ‘sempai’ yang bermaksud senior dalam bahasa jepun.

     Sejak aku berkawan dengan Anna, aku makin suka dengan segala-galanya dari negara itu. Anna memperkenalkan aku dengan manga dan anime. Kemudian setiap hari dia akan menceritakan tentang ini dan itu. Dan yang menjadi kegemaran aku ialah anime Detective Conan yang menceritakan tentang Shinichi Kudo yang bertukar menjadi seorang kanak-kanak yang amat comel. Tapi bukan Conan yang aku dan Anna berebut, tapi Shinichi…

     Aku terus melemparkan pandangan aku ke luar sambil Puan Nadzirah terus berceloteh tentang lebih banyak orang yang telah lama meninggalkan dunia. Selesai kelas, pelajar semua turun ke surau untuk solat asar dan kemudian kelas aku dan kelas Syuhada yang bersebelahan pergi menukar pakaian untuk bersiap sedia untuk subjek pendidikan jasmani, subjek yang paling digemari jika Puan Rabiatul memberi peluang untuk kami melakukan apa sahaja.

     Aku tak suka bila kena main bola jaring. Entah kenapa, aku memang tak minat la. Jadi selalunya aku akan duduk termenung memikirkan masa hadapan…

     “Eh, Efiza termenung apa hang ni?” tanya Syuhada tiba-tiba sambil duduk di sebelah aku, pastinya sudah penat bermain.

     “Teringatkan si dia la tu,” kata Anna yang tiba-tiba muncul dari belakangku. Aku hanya memandangnya seketika.

     “Fiza best la, ada abang Adam usher,” sampuk Atikah pula. Hanya Atikah seorang yang memanggilnya tanpa huruf 'E'.

     “Mana ada! Hang ni Ieka,” balas aku lantas untuk mendiamkan mereka, malangnya Syuhada terdengar.

     “Ha? Apa dia? Hang cakap cepat!” ugut Syuhada segera. Aku tak sempat mengatakan apa-apa, Anna pula yang jawab.

     “Abang Adam, abang kepada Saerah, usher Efiza. Bila jumpa je mesti senyum memanjang, kan Efiza?” balas Anna sambil tersenyum. Saerah merupakan pelajar sama tingkatan dengan kami semua.

     “Ooo.. Efiza ada abang ye…” kata Syuhada perlahan.

     “Aku mana ada abang! Eeei…. Korang ni la!” marah Efiza dengan muka masammnya.

     “Alamak tengok Efiza merajuk. Ni kena panggil abang Adam ni,” tutur Syuhada perlahan ingin melihat reaksi Efiza.

     “Eeei.. benci la!” marah Efiza lagi lalu terus bangun meninggalkan mereka. Anna, Atikah dan Syuhada hanya tersenyum memandang sesama mereka.


********

     Malam itu Efiza termenung di hadapan laptopnya. Menjadi kebiasaan Efiza untuk menulis diarinya di dalam laptop yang merupakan hadiah hari lahir dari papanya. Tetapi malam itu, Efiza hanya mampu memikirkan tentang abang Adam, tangannya tidak menaip sepatah pun perkataan tentang memori yang sedang bermain di kepalanya.

     Efiza dan beberapa pelajar lagi akan hadir pada sesi pagi setiap hari Rabu untuk menjalani latihan bermain alatan instrumental. Suatu hari selepas latihan, semasa Efiza sedang makan tengahari bersama Syuhada di kantin, sekumpulan pelajar lelaki senior lalu di hadapan mereka. Mereka semua berpakaian Kadet Polis. Mungkin baru pulang dari pertandingan kawad kaki antara daerah.

     Tetapi apa yang merungsingkan Efiza apabila salah seorang daripada senior itu memandang ke arah meja di mana dia dan Syuhada sedang makan.

     “Syu, hang kenal ke abang tu? Asyik pandang kita dari tadi lagi,” aku bertanya kepada Syuhada yang sah sedang makan sampai tak ingat dunia.

     Syuhada memandang sekilas ke arah senior yang ku nyatakan itu sambil berkata, “Entah, tak pun. Abang tu berkenan kat hang kot,” sebelum menyambung menikmati makan tengaharinya. Aku hanya menggelengkan kepala.

     Senior itu pula terus memandang Efiza sambil tersenyum. Makanan di hadapan Efiza tidak dihabiskan kerana malu dengan pandangan senior tersebut. Sejak hari itu, setiap kali bertemu dengan senior itu pasti dia akan tersenyum memandang Efiza. Kadang-kadang kalau senior tu sedang berjalan, dia akan berhenti memandang Efiza. Hinggalah suatu hari semasa berjalan dengan Atikah, barulah Efiza mengetahui nama senior yang sering tersenyum itu, Adam.

1 comment:

  1. mcm ku tahu watak2 dlm cita senpai nih...huhu...

    ReplyDelete