Wednesday, October 14, 2009

Sempai 3

     Hari itu hari Rabu, selepas perhimpunan perjumpaan Scout akan diadakan di Kamar Syura bagi membincangkan perihal perkhemahan yang akan datang.

     “Ieka! Mana dia tau nama aku?” tanya Efiza. Selepas kejadian bersama abang Adam, Efiza segera menyuruh Atikah untuk menyiasat dari mana dia mengetahui namanya.

     “Mana la aku tau. Dia kata dia tak kenal orang yang dia tanya tu,” balas Atikah.

     “Alamak, dia datang dah!” kata Efiza tiba-tiba.

     “Mana?” tanya Atikah.

     “Tu, dah sampai kat kantin dah,” tunjuk Efiza ke arah kantin yang bertentangan dengan Kamar Syura.

     “Nampak hang terus senyum Fiza,” balas Atikah. 

     “Yang dia ada kat sini kenapa? Dia bukannya scout pun,” marah Efiza.

     “Ikut kawan baik dia, abang Izzat. Tak pun…. tengok hang,” balas Atikah.

     “Bencinya!!!!” jerit Efiza.

     Meeting berjalan hingga hampir 2 jam. Kemudian guru disiplin, Encik Rahim datang dengan rotan barunya dan menghalau pelajar-pelajar sesi petang untuk masuk ke kelas. Semasa dalam perjalanan ke kelas, Efiza bertanya kepada Atikah jika dia akan ke perkhemahan nanti.

     “Em,aku tak pergi. Abang aku kan tak bagi pergi. Kenapa?” Ieka memang jarang mengikuti program-program yang diadakan di luar sekolah. Jawapannya hanya satu, abangnya tidak mengizinkannya.

     “Takla. Aku rasa macam malas nak pergi. Betul-betul tak ada mood,” 

     “Ada kaitan dengan Syafiq ke?” tanya Ieka. Dia tahu bagaimana hubungan Efiza dengan Syafiq sejak khabar angin tahun lepas yang mengatakan mereka bercinta. Mereka langsung tidak berkawan lagi selepas itu.

     “Ada la sikit. Tapi yang pasti, aku memang tak ada mood nak pergi tahun ni,”

     “Syu macam mana?”

     “Aku sure dia ok je nanti. Sarah dengan Finaz kan ada,”

     “Aku tak kisah. Cuma nanti jangan kata hang menyesal tak pergi ke apa. Aku tak nak dengar nanti,”

     “Ok! Aku promise,” jawab Efiza segera. Kemudian mereka segera pulang ke kelas apabila terlihat Encik Rahim sedang meronda kawasan sekolah untuk memastikan semua pelajar scout sudah pulang ke kelas dan tidak mengambil kesempatan untuk ponteng.

     Petang itu semasa waktu solat Asar, Efiza sedang duduk memakai kasut diluar bilik wuduk 
apabila dia ternampakkan seseorang lalu untuk ke surau sambil memandangnya. Matanya tidak berkelip memandang Efiza. Walaupun pada ketika itu Efiza tidak memakai spek, namun dengan jelas dia dapat melihat orang tersebut adalah abang Adam. Ketinggiannya yang memang lebih tinggi dari pelajar yang lain dan fesyen rambutnya yang dicacakkan seperti landak.

     “Amboi Efiza, lamanya korang berdua bermain mata,” tegur Anna.

     “Sempai kan?” tanya Efiza untuk memastikannya, mana tahu dia silap tengok nanti.

     “Yup! Dasyat gila cara dia pandang hang. Macam nak telan je aku tengok,” jawab Anna sambil membuat demo cara abang Adam memandangnya tadi.

     Efiza ketawa melihat Anna menjulingkan matanya. “Dah la tu. Takut aku tengok. Nasib baik aku tak pakai spek tadi,”

     “Ala kalau hang pakai kan bagus. Dapat korang tenung mata satu sama lain,” sejurus selepas Anna berkata, terus dia bangun berlari ke arah surau.

     “Anna! Kejam la hang ni,” jerit Efiza lalu bertindak mengejar Anna. Efiza sempat mencubit lengan Anna sebelum mereka masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat Asar.

********

     Otak Efiza terus ligat berfikir tentang apa yang diberitahu Atikah tempoh hari, “Hang ni, aku cakap macam tu untuk hang. Takkan hang nak kawan dengan abang Adam. Dia tu jahat hang tau tak,”. ‘Apa maksud Ieka bila dia kata abang Adam jahat? Sebab masalah dia dengan adik dia, Saerah? Tak pun, abang Adam tu ada buat benda yang lagi jahat?’ pelbagai soalan timbul di fikiran Efiza. Namun, dia tidak ada cara untuk mendapatkan jawapannya.

     Tambah lagi, Efiza risau dia telah melakukan sesuatu, sesuatu yang dia tidak pasti baik atau pun tidak. Saban malam dia akan teringatkan abang Adam. Setiap hari dia ke sekolah dengan harapan akan bertemu dengan abang Adam. Efiza merasakan dia sudah menaruh perasaan terhadap abang Adam, sempainya…

No comments:

Post a Comment