Wednesday, October 14, 2009

Sempai 4

“So? Macam mana? Hang tak pergi camping tahun ni?” tanya Ieka. Dia dan Efiza baru ke bilik guru tadi untuk menanyakan tempat kelas sains akan diadakan.

“Tak pergi. Kan aku dah kata aku malas,” jawab Efiza. Tiba-tiba dia ternampak abang Adam berjalan ke arah surau.

“Fiza, jom pergi bilik wuduk,” ajak Ieka dalam nada memujuk. Ni sah nampak abang Adam la ni. Lepas tu nak kenakan aku kejap lagi. Tapi, aku pun teringin nak menatap muka abang Adam…

“Jom,”
Ieka dengan tersenyum menarik tangan aku. ‘Ieka ni. Aku ke dia yang ada crush dekat abang Adam ni?’ bisik hatiku perlahan apabila Ieka beria-ria nak bertembung dengan abang Adam. Aku dapat melihat abang Adam duduk di tangga surau, seperti biasa, tersenyum memandang aku. Segera aku melajukan langkah ke arah bilik wuduk.

“Ieka! Hang memang tak ada kerja. Kejap lagi kita kena lalu depan dia lagi,” kata Efiza sejurus mereka memasuki bilik wuduk. Ieka berjalan ke hadapan cermin untuk membetulkan tudungnya. Dimana ada cermin, pasti perempuan berhenti menatap, walau hanya nak memastikan tudungnya berada dalam keadaan kemas, aduhai…


“Ala, dapat gak hang melepaskan rindu. Esok dengan lusa tak sekolah. Nanti kempunan kawan tersayang aku ni nak tengok abang dia,” balas Ieka dengan selambanya.


“Tak mati pun kalau tak tengok dia beberapa hari,”


“Kat mulut je cakap macam tu,padahal kat dalam hati,”


Efiza tidak membalas kenyataan Ieka. Dah memang agak betul apa yang Ieka cakap, macam mana dia hendak membalasnya. Malam-malam pun susah nak tidur teringatkan abang Adam, apatah lagi cuti minggu ni. Ieka ni memang memahami betullah.

Kemudian apabila berjalan keluar dari bilik wuduk ke arah blok A, Efiza tidak memandang ke arah surau langsung.


“Hai Fiza ni nak control ayu pulak jalan tu,” kata Ieka semasa mereka menghampiri tandas guru yang perlu dilalui untuk menaiki tangga. Aku diam dan kalih ke belakang, tidak pasti apa yang hendak dilihat. Sejurus aku memalingkan kepala aku pun menjerit,


“Aaaahhhh!!!”


“Oh mak engkau!” kedengaran Ieka melatah. Puan Umi yang sedang keluar dari tandas pula hampir tergelincir dan memegang pintu tandas untuk menstabilkan dirinya.


Setelah beberapa saat yang dirasakan macam berjam-jam lamanya, Ieka pun tanya kenapa. Efiza hanya menudingkan jari ke arah belakang lalu terus berjalan ke arah tangga. Kelihatan abang Adam yang sedang ketawa. Efiza membuat muka lalu membiarkan Ieka mengejarnya. Puan Umi hanya menggelengkan kepala dan berjalan ke arah surau.


Efiza betul-betul geram. Apabila Ieka mengatakan dia control ayu, dia pun kalih ke belakang dengan harapan untuk melihat abang Adam sedang duduk di surau tersenyum memandangnya. Tapi sebaliknya, dia tidak pernah melihat sejauh ke arah surau, kerana betul-betul di belakangnya, abang Adam sedang berjalan mengikutinya dengan jarak yang amat rapat. Amat rapat sehinggakan apabila Efiza mendongakkan kepala, dia terus memandang ke arah muka abang Adam yang sedang tersenyum lalu dia terus menjerit.


********


Hujung minggu Efiza merupakan hari yang sangat panjang. Dia akan berusaha untuk bangun selewat yang mungkin tanpa dileteri ibunya. Kemudian dia akan bermain permainan Final Fantasy di playstation sehingga adiknya merengek meminta untuk bermain pula. Malam pula dihabiskan dengan menonton televisyen. Semuanya dilakukan untuk mengelakkan bayangan abang Adam muncul di mindanya.


Setiap kali Efiza membuka buku untuk mengulang kaji atau menyiapkan kerja rumah, sesuatu yang jarang sekali dilakukan, dia akan mendapati tangannya akan menulis nama abang Adam di merata-rata tempat di dalam buku. Selepas memadam semua nama abang Adam, segera Efiza menyimpan buku-bukunya tanpa niat untuk membukanya semula.


Apabila Efiza mendapati dirinya merenung siling sambil mendengar lagu-lagu cinta, dia akan memikirkan tentang abang Adam. Bagaimana bermula dari saat makan tengahari, dimana dia mula-mula melihat abang Adam merenungnya hinggalah kini. Abang Adam akan melihatnya dengan tersenyum seolah-olah hanya mereka berdua yang ada di dunia itu. Abang Adam tak pernah kisah jika ada pelajar lain atau guru-guru yang melihat perbuatannya itu. Malah, selalunya abang Adam akan berhenti untuk melihat Efiza jika dia sedang berjalan.


“Aaaaaahhhh!!!” kedengaran Efiza menjerit perlahan tiba-tiba. “Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa aku asyik terbayangkan muka dia? Kenapa aku tak sabar nak tunggu hujung minggu ni habis dan pergi ke sekolah? Kenapa aku rasa aku dah buat kesilapan paling besar? Kenapa aku rasa aku dah jatuh cinta dengan sempai? Kenapa? Kenapa? Kenapa?” luah Efiza sorang-sorang. Nasib baik dia tak menjerit kuat-kuat,kalau tak pasti terbangun satu taman.


Setelah mendengar lagu ‘crush’ oleh David Archuleta, penyanyi kegemarannya, dan menangis untuk beberapa lama mengenangkan kisah cintanya kini, Efiza pun tidur dengan tenang menanti hari seterusnya.

No comments:

Post a Comment